TAFSIR AL-AZHAR: KEKUATAN DAN PENGARUHNYA
Abstract
Kajian ini membincangkan metodologi Hamka (Februari 17, 1908 - Julai 24, 1981) dalam menghasilkan kitab Tafsir al-Azhar. Ia membahaskan secara komprehensif manhaj yang dilakarkannya dan corak analisis yang diketengahkan dalam perbincangan dan penelitian ayat-ayat al-Qur’an. Latar perbincangannya yang ekstensif dan penggarapannya yang luas tentang hukum, sejarah, pemikiran, tasauf, akhlak, akidah dan peradaban menzahirkan kekuatan fikrah dan ijtihad yang diungkapkan dalam karya ini. Metode kajian adalah bersifat deskriptif dan analitik. Ia cuba meninjau tema-tema yang dibawakan dalam Tafsir Hamka dan merumuskan kefahaman dan pengaruhnya dalam pemikiran tafsir yang ingin dikembangkan. Tafsir al-Azhar merupakan karya besar yang dihasilkan dengan kekuatan analisis dan pandangan dunia yang luas yang diangkat sebagai rujukan terpenting dalam tradisi penulisan tafsir di nusantara. Ia menekankan kepada manhaj akliah dan ijtihad yang substantif yang memperlihatkan aspirasi ke arah pembaharuan dan pemberdayaan kaum Muslimin. Kesimpulan dari kajian mendapati bahawa tafsir ini menekankan corak penafsiran akliah yang mendalam dalam memahami ayat-ayat al-Quran yang terkesan dengan prinsip rasional yang meluas yang dibawa dalam Tafsir al-Manar dan memberi pengaruh yang mendalam dalam pemikiran dan tradisi tafsir yang berkembang di Nusantara.
Full Text:
PDF 202-220 (Indonesian)References
Abd al-Hayy al-Farmawy. (1994). Metode Tafsir Maudhu’iy Suatu Pengantar. Jakarta: Raja Grafindo Persada.
Abd. Ghafir. (2016). Sekilas Mengenal At-Tafsir Al-Adaby Al-Ijtima‘i. Al-Ahkam Jurnal Ilmu Syari’ah dan Hukum Vol. 1. Isu 1, (Jan-Jun) hlm. 25-34.
Abdurrahman Rusli Tanjung. (2014). Analisis Terhadap Corak Tafsir Al-Adaby Al-Ijtima‘i. Analytica Islamica Vol. 3. Isu 1, hlm. 162-177.
Ahmad Syafii Maarif. (2014). Hamka, Manusia Merdeka Pencari Kebenaran. Seminar Pemikiran Reformis Siri I: Buya Hamka, Conference Room, Global Movement of Moderates Foundation, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, 21 Jun 2014.
Hamka. (1967). Tafsir al-Azhar. Juz 1. Jakarta: P.T. Pembimbing Masa.
Hamka. (1982). Tafsir al-Azhar. 10 jil. Singapura: Pustaka Nasional.
Hamka. (1982). Tafsir al-Azhar. Juzu’ XXIV. Jakarta: Pustaka Panjimas.
Hamka. (1983). Tafsir al-Azhar. Juzu’ 5. Singapura: Pustaka Nasional.
Hamka. (1996). Dari Perbendaharaan Lama. Jakarta: Pustaka Panjimas.
Hamka. (2009). Kenang-Kenangan Hidup. Shah Alam: Pustaka Dini.
Hamka. (2017). Tafsir al-Azhar. Batu Caves: PTS Publishing House.
Manna’ Khalil al-Qattan. (1996). Studi Ilmu-Ilmu al-Qur’an. Bogor: Pustaka Litera Antar Nusa.
Mashitah Ibrahim. (2000). Metodologi Hamka di dalam Tafsir al-Azhar. Kuala Terengganu: Yayasan Islam Terengganu.
Milhan Yusuf. (1995). Hamka’s Method of Interpreting the Legal Verses of the Qur’an: A Study of his Tafsir Al-Azhar. Tesis M.A., Institute of Islamic Studies, McGill University, Montreal.
Muhammad Husain al-Dzahabi. (1976). Al-Tafsir wa al-Mufassirun (Jilid 2). Beirut: Dar al-Fikr.
Rosnani Hashim, ed. (2010). Hamka: Intellectual and Social Transformation of the Malay World. Dalam Reclaiming the Conversation: Islamic Intellectual Tradition in the Malay Archipelago (hh. 187-205). Selangor: The Other Press.
Rusydi Hamka. (2002). Hamka Pujangga Islam – Kebanggaan Rumpun Melayu (Menatap Peribadi dan Martabatnya). Shah Alam: Pustaka Dini.
Sidek Baba, ed. (2008). Pemikiran Hamka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Wan Sabri Wan Yusof. (1997). Hamka’s “Tafsir Al-Azhar”: Qur’anic Exegesis As a Mirror of Social Change. Tesis PhD, Temple University.
Wan Sabri Wan Yusof. (2008). Tafsir Al-Azhar: Suatu Gambaran Perubahan Sosial di Indonesia pada Abad ke-20. Dalam Sidek Baba (ed.) Pemikiran Hamka (hh. 13-37). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
DOI: http://dx.doi.org/10.51900/ias.v3i2.8796
Refbacks
- There are currently no refbacks.
About the Journal | Journal Policies | Author | Information |
|
|
Ibn Abbas: Jurnal Ilmu Alquran & Tafsir
e-ISSN: 2620-7885
Website: http://jurnal.uinsu.ac.id/index.php/ibnabbas
Email: s2iat@uinsu.ac.id
Published by: UIN SU Medan
Office: UIN Sumatera Utara Medan, Jl. Williem Iskandar Pancing Medan, Pasar V Medan Estate» Tel /fax : 0616622925 /