SYEKH MUHAMMAD ARSYAD THALIB LUBIS: Kajian Terhadap Dakwahnya Di Medan Sumatera Utara Indonesia

Sopian Ilyas, Roslan Mohamed

Abstract


Salah seorang yang berjasa dalam menyebarluaskan dakwah Islam di Tanah Batak, khususnya Toba dan Karo, Provinsi Sumatera Utara Medan Indonesia ialah Syeikh Muhammad Arsyad Thalib Lubis (1908-1972 M). Beliau termasuk orang pertama dalam organisasi Islam al-Jam’iyatul Washliyah yang gigih berdakwah untuk menyebarluaskan agama Islam di Sumatera Utara, Aceh dan Indonesia secara umum. Beliau banyak menulis pelbagai kajian agama Islam, termasuk kajian perbandingan agama yang masyhur dalam kitab karangan beliau ”Perbandingan agama Kristian dan Islam”, begitu juga karangan beliau yang bertajuk ”Rahsia Bible”,  yang berhubung kait dengan Ilmu Muqaranatul Adyan.

Karya-karya Syeikh Muhammad Arsyad Thalib Lubis serta jasa-jasa beliau dalam menyebarluaskan Islam hingga sekarang ini masih dikenang di kalangan masyarakat Sumatera Utara khususnya suku Batak, yang mana Syeikh Muhammad Arsyad Thalib Lubis berhasil menarik lebih daripada 20.000 orang memeluk agama Islam. Jasa beliau ini menjadi sebab tersebarnya agama Islam di kalangan suku Batak yang majoriti penduduknya animisme serta beragama Kristian.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.