PERKEMBANGAN METODE PEMAHAMAN HADIS DI MALAYSIA

Faisal bin Ahmad Shah

Abstract


Artikel ini akan membincangkan mengenai kepentingan memahami hadis dengan tepat dan beberapa contoh kesalahan dan kesilapan dalam memahami hadis di Malaysia.. Ulama hadis telah menggariskan beberapa metode dalam memahami hadis dengan tepat. Pengabaian kepada metode ini akan menyebabkan berlakunya salah faham dan kesilapan dalam memahami hadis. Sejarah membuktikan bahawa penyelewengan musuh-musuh Islam daripada kalangan orientalis, anti hadis (ingkar sunnah) dan golongan liberal dalam memahami hadis adalah disebabkan pengabaian mereka kepada metode pemahaman hadis yang telah ditetapkan oleh para ulama.  Justeru artikel ini akan cuba membahaskan metode-metode yang telah digariskan oleh para ulama seterusnya membawa beberapa contoh kesilapan dalam memahami hadis yang berlaku di Malaysia. Terdapat tujuh kesalahan metode pemahaman hadis yang dapat dikesan di Malaysia iaitu “Memahami Hadis Secara Terpisah Dengan Hadis Yang Lain, Mengabaikan aspek Siyaq (gaya teks)  dan Sabab Wurud al-Hadis, Melampau dalam Berpegang dengan Zahir Hadis (tekstual), Melampau dalam penggunaan Akal, Melampau dalam Takwil Hadis,Memahami hadis tanpa mengambil kira maqasid dan Memahami dilalah hadis secara salah.


Full Text:

PDF


DOI: http://dx.doi.org/10.30829/jai.v2i2.403

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2016 Journal Analytica Islamica

 

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International License.
Based on a work at http://jurnal.uinsu.ac.id/index.php/analytica/ 
 
Publisher:
Program Pascasarjana
Universitas Islam Negeri Sumatera Utara