STUDI KRITIK MATAN DALAM KAJIAN HADIS KONTEMPORER DI MALAYSIA

Ishak Suliaman

Abstract


Penelitian tentang studi kritik matan telah menjadi trend dalam kajian Hadis kontemporer di Malaysia khususnya jika merujuk kepada penelitian tesis Ijazah Doktor Falsafah dan disertasi Master. Makalah ini menfokuskan penelitian pada trend studi kritik matan hadis pada tesis dan disertasi dalam kajian Hadis kontemporer di malaysia dengan menfokuskan terhadap 4 universiti utama di Malaysia yaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM). Berdasarkan data yang berotoritas, penelitian ini mengaplikasi metodologi kualitatif terhadap semua tesis dan disertasi dalam bidang Hadis sebagai kajian Hadis kontemporer yang telah berhasil digraduasikan di 4 universitas tersebut yang dimulai dari tahun 1984 hingga tahun 2012. Temuan kajian ini menemukan ada sebanyak 40 disertasi Doktor Falsafah dan 183 tesis Master dalam bidang kajian Hadis kontemporer di 4 universiti tersebut. Jumlah keseluruhannya ialah 223 tesis dan disertasi yang dimasudkan sebagai kajian Hadis kontemporer di Malaysia. Melalui metodologi Takhrij al-Hadis, temuan utama yang ditemui dalam penelitian ini ialah terdapat 1486 teks hadis dari 1539 telah dianalisis dari 12 buah kitab Jawi yang rinciannya terdapat 696 hadis sahih, 125 hasan, 381 da‘if, 110 mawdu’ dan 131 tidak diketahui statusnya.   


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.